Install Flat Theme di Ubuntu

Assalamualaikum dan selamat pagi. ^^

Diatas request oleh saudara @Furqan untuk ajar dia install theme Flat di Ubuntu, saya bercadang untuk create thread supaya mungkin berguna bagi siapa2 yang teringin juga nak install theme yang saya pakai sekarang nie iaitu Flat Theme.

Flat Theme tu cuma nama yang diberikan oleh saya, sebenarnya itu adalah gabungan diantara Icon Pack flattr dan jgk theme Ultra Flat.

First sekali, sebelum kita mulakan, pastikan saudara guna GNOME Desktop Manager, secara default, Desktop manager yang digunakan oleh Ubuntu ialah Unity, tapi jika nak guna Flat Theme, saudara kena pastikan GNOME ialah default Desktop Manager bagi Ubuntu saudara. Link tutorial bagi memasang GNOME boleh dilihat di link dibawah :-

Code:

http://www.howtogeek.com/189912/how-to-install-the-gnome-classic-desktop-in-ubuntu-14.04/

Note : Jika saudara berasal dari masa depan (yakni Ubuntu 15 and above), tutorial mungkin tidak akan berkesan bagi link diatas, jadi sila guna Google untuk mencari tutorial yang sesuai bagi Ubuntu saudara, yakni -> “Ubuntu x gnome install tutorial”, substitute x dengan versi Ubuntu yang saudara pakai..

Sesudah install GNOME (selepas ikut step di website di atas), jom kita mula step2 yang diperlukan untuk install Flat Theme di Ubuntu saudara.

Mula2, kena install dependencies dulu, 

Code:

sudo apt-get install git gnome-tweak-tool

Selepas itu, escalate-kan permission sedia ada saudara supaya jadi root

Code:

sudo su

Kemudian, pergi ke directory /usr/share/icons/, boleh guna command di bawah

Code:

cd /usr/share/icons/

Perkara yang kita akan lakukan sekarang ialah download icon pack Flat Theme ke dalam folder /usr/share/icons/
link bagi icon pack flattr sebenarnya berada di Github, jadi untuk download kandungan di git flattr, cuba command dibawah

Code:

git clone --depth=1 https://github.com/NitruxSA/flattr-icons.git

Bila dah selesai download icon, kita download theme pulak, saudara kena ubah directory sedia ada saudara ke directory /usr/share/themes/ pulak, commandnya begini

Code:

cd /usr/share/themes/

Lepas tu, boleh download file dan configure theme dengan menggunakan commands di bawah

first, download theme dulu

Code:

wget https://www.dropbox.com/s/bx42h8a1o48w7e0/Ultra-Flat-Theme.tar.gz?dl=1

Note : link mungkin berubah jika ada Ultra Flat versi baru, jika saudara nak yang latest, boleh download kat sini.

lepas selesai download, unpack archive tar.gz tersebut

Code:

tar zxvf Ultra-Flat-Theme.tar.gz?dl=1.1

bila dah unpack, (optional) boleh delete archive Ultra Flat

Code:

rm -rf Ultra-Flat-Theme.tar.gz?dl=1.1

dah selesai download, kita boleh configure Flat Theme kita, langkahnya begini,

jika saudara masih lagi dalam root user, pastikan anda keluar dari root, boleh taep `exit` command untuk keluar dari root kepada user biasa.

Lepas tu, saudara taep

Code:

gnome-tweak-tool

gnome-tweak-tool sesuai dengan namanya berfungsi untuk tweak/configure Gnome saudara bersesuaian dengan kehendak saudara.

Di bahagian Appearance, ada 3 benda saudara perlu buat jika hendak dapatkan Flat Theme, list nya seperti berikut :-

1. Kat Window, saudara pilih Ultra-Flat
2. Kat GTK+, saudara pilih Ultra-Flat
3. Kat Icons, saudara pilih Flattr

Kalau pening, boleh ikut macam yang tertera di gambar ini : https://i.imgur.com/xJvDWMp.png[3]

Bila dah habis settings tu, pastikan saudara reboot machine saudara, dan lepas tu, complete ^^

Screenshots :

https://i.imgur.com/4L1sBE2.png
https://i.imgur.com/bSpKlMJ.png[4][5]

Edited : klau berminat dngn wallpaper saya pakai, boleh dapatkan disini https://i.imgur.com/li4WiL1.jpg[6], credited to Pen Return a.k.a abam zaar

Enjoy ^^

Sekian dari saya yang kurang ilmu,
Shahril

[1][2]

References

  1. ^ Github (github.com)
  2. ^ sini (gnome-look.org)
  3. ^ https://i.imgur.com/xJvDWMp.png (i.imgur.com)
  4. ^ https://i.imgur.com/4L1sBE2.png (i.imgur.com)
  5. ^ https://i.imgur.com/bSpKlMJ.png (i.imgur.com)
  6. ^ https://i.imgur.com/li4WiL1.jpg (i.imgur.com)

Sumber: w3.tbd.my/


0 Response to "Install Flat Theme di Ubuntu"

Post a Comment