Perang Harga : PlayStation vs Xbox

'Perang Harga : PlayStation vs Xbox'

Perang Harga : PlayStation vs Xbox
Berita, Gadget, General[1][2][3]

AMD atau Intel? Radeon atau Nvidia? Nikon atau Canon? Playsation atau Xbox?

Itulah antara dilema yang biasa dihadapi pengguna ketika memilih processor, kad grafik, kamera DSLR dan permainan konsol.

Setiap jenama mempunyai kelebihan dan strategi tersendiri untuk memenangi hati pengguna.

Artikel kali ini bukanlah untuk membincangkan jenama manakah yang terbaik, tetapi untuk mengulas mengenai strategi pemasaran yang dilakukan oleh syarikat gergasi Microsoft dan Sony dalam memasarkan permainan konsol mereka, Xbox dan PlayStation.

jualanpsdanxbox

Pada penghujung 2013, seminggu sebelum pelancaran Xbox One, Playsation 4 telah dilepaskan dan dijual dengan harga $100 lebih murah daripada pesaingnya. Pada pusingan awal ini, dapat kita saksikan Sony telah memenangi pertarungan dengan perbezaan jualan 200 ribu unit (rujuk graph).

7 bulan kemudian, Microsoft telah menurunkan harga jualan Xbox One kepada $399, harga yang sama dengan pesaingnya.

Microsoft akhirnya memenangi pertarungan 5 bulan kemudian dengan memberi diskaun sebanyak $50 lagi, menjadikan harga terbarunya $349.

Ini menjadikan Xbox One, $150 lebih murah dari harga asalnya semasa pelancaran.

Berdasarkan trend ini, anda akan mendapati jika harga runtuh dilakukan oleh Sony, maka Microsoft juga akan mengikutinya kemudian.

Jadi, berdasarkan trend ini, jika anda ingin menukar permainan konsol yang baru dengan harga yang lebih murah, jadikan tips ini sebagai panduan :

1. Jika harga runtuh dilakukan oleh Sony, maka Microsoft juga akan melakukan perkara yang sama dengan segera.

2. Permainan konsol mahal diwaktu pelancaran, kerana 'hardcore gamer' sanggup berkhemah di luar kedai dan main masak-masak walau seminggu awal sebelum pelancaran, ditambah pula dengan dengan kapasiti bekalan yang terhad untuk memenuhi permintaan (hukum ekonomi asas, 'demand more than supply' ).

Menurut seorang penyelidik, pengeluar permainan konsol sanggup menanggung rugi dalam jualan hardware kerana mereka boleh mengutip keuntungan melalui bayaran royalti jualan game, addon (cth: yuran tahunan Xbox Live), dan kandungan muat turun lainnya.

Sekian.

Sumber :

LikeTweet

0 Response to "Perang Harga : PlayStation vs Xbox"

Post a Comment